Tudung Online Terbesar Malaysia

Tudung Online Terbesar Malaysia
Tudung Online Terbesar Malaysia

Monday, 21 January 2013

TUDUNG BAWAL


TUDUNG BAWAL BIDANG


Tudung bawal ni ada banyak bidang yang boleh didapati di pasaran. Ada 45,50,55,60 bidang. Walaupun tidak ramai yang menggemari jenis tudung bersaiz besar, namun tudung jenis yang besar tetap mendapat permintaan di pasaran.Ini kerana tudung ini sesuai untuk digayakan mengikut apa-apa gaya sekalipun. Sebab itulah tudung bawal tidak kira bidang berapa pun menjadi pilihan utama penggemar hijabister sekarang.


MANIK



 Terdapat tudung bawal yang telah siap dijahit dan sedia untuk dipakai. Terdapat taburan manik-manik lebat menghiasi  tudung dan bunga yang dijahit daripada manik membuatkan tudung bawal ini menjadi sangat unik. Disamping unik,ia juga cantik. Kadang-kala tudung bawal ini akan dihiasi dengan batu-batu swarovski dan batu-batu bermutu tinggi yang lain.  


SULAMAN



Selain itu terdapat juga tudung yang disulam dengan menggunakan sulaman tangan.Sulaman ini menggabungkan sulaman dan turut dijahit dengan manik-manik.Mungkin tudung ini harganya lebih mahal namun kerana kecantikan dan kehalusan sulamannya mmenjadikan tudung ini hangat di pasaran tudung bawal. 



TUDUNG BAWAL BANYAK TONE


Namun walaupun terdapat banyak gaya dan jenis tudung bawal sekarang,masih ramai juga yang menyukai jenis kain bawal yang kosong tanpa sebarang hiasan. Sekarang ini terdapat pelbagai jenis tudung yang mempunyai banyak warna iaitu tudung 2 warna,tudung 3 warna,hingga 5 warna pun ada. Tudung jenis ini tidak susah untuk digayakan. Ini kerana warna sudah pun membuatkan tudung ini nampak bergaya. Bagi sesiapa yang rasa tidak cukup masa untuk bersiap,boleh memakai tudung bawal yang mempunyai banyak tone ini. Kadang-kadang tudung yang ada banyak tone ni boleh dipakai kedua-dua belah. Jadi kalau nak pakai tudung yang sama 2,3 hari berturut-turut pun orang lain takkan perasan. Sangat-sangat bagus tudung ni kan?? 


TUDUNG BAWAL SEGERA


Ini adalah salah satu contoh tudung bawal yang telah siap dijahit dan boleh terus dipakai.Ini adalah gaya terbaru kepada peminat-peminat tudung bawal.Coraknya yang menarik membuatkan ramai  penggemar tudung memilih untuk memakai tudung jenis ini.

Menariknya lagi,tudung bawal kini boleh dipasang dengan awning. Kadang kala tudung bawal yang kainnya lembut susah untuk 'menjadi'. Oleh itu,kita boleh memasang 'awning' pada tudung. Jadi kita tidak perlu untuk menggosok tudung bawal itu berkali-kali. Senang bukan??!!








No comments:

Post a Comment