Tudung Online Terbesar Malaysia

Tudung Online Terbesar Malaysia
Tudung Online Terbesar Malaysia

Monday, 29 April 2013

selendang terbaru

Selendang merupakan antara yang menjadi kegemaran selepas tudung. Kini terdapat banyak jenis selendang yang berada di pasaran yang boleh kita pilih untuk dimasukkan dalam koleksi tudung kita. 

SELENDANG PANJANG CORAK LEOPARD

 

Ini adalah antara corak-corak tudung terkini yang terdapat di pasaran. Tudung ini mempunyai 2 bahagian. Satu bahagian mempunyai corak dan satu bahagian lagi mempunyai 1 warna sahaja.Jadi pemakaiannya bergantung kepada pemakai itu sendiri. Dia boleh memakai dengan bahagian yang bercorak atau tidak mempunyai corak.

SELENDANG PANJANG JOJET MANIK

Selendang Panjang Jojet Manik 

Ini pula selendang jenis kain jojet. Kain ini sangat selesa untuk dipakai dan sangat ringan. Jika kita memakainya sepanjang hari pun tiada masalah kerana kita tetap berasa selesa.Warnanya yang plain membolehkan kita memakai apa-apa saja baju yang bercorak.

SELENDANG HALF MOON CHIFFON

Selendang Half Moon Chiffon 2 Layer 

Ini pula adalah selendang halfmoon chiffon. Half moon adalah sejenis selendang yang makin diminati pada masa kini. Ia merupakan antara selendang yang terbaru di pasaran kini. Ia mempunyai 2 warna dan 2 lapis. Kita tidak perlu untuk memakai tudung ini dengan gaya yang berlebihan kerana ia sudah pun mempunyai corak dan warna yang cantik dan perhiasan pada selendang itu sendiri.

SELENDANG PANJANG SQUARE POLKADOTS

Selendang Panjang Square Polkadots

Tudung ini sangat unik kerana ia menggabungkan unsur-unsur yang sangat kontra antara satu sama lain.
Corak petak-petak digabungkan dengan polkadot. Warnanya juga kontra menjadikan ia sangat menarik dan  tidak perlu untuk digayakan dengan gaya yang berlebihan.

Ini antara koleksi selendang yang paling terbaru yang berada di pasaran. Seperti tudung,selendang juga perlu digayakan dengan penuh sederhana dan paling penting ia mesti dipakai dengan niat untuk menutup aurat. Ini hanya sebahagian sahaja selendang-selendang yang terbaru. 


















No comments:

Post a Comment