Tudung Online Terbesar Malaysia

Tudung Online Terbesar Malaysia
Tudung Online Terbesar Malaysia

Friday, 29 March 2013

selendang ala hana tajima

Selendang merupakan salah satu antara hijab yang dipakai oleh wanita-wanita di Malaysia. Dari zaman nenek moyang kita lagi selendang ini telah dipakai namun yang berbeza adalah cara pemakaiannya. Walaubagaimanapun, selendang tetap popular dalam kalangan penggemar-penggemarnya kerana ia bukan sahaja senang untuk pakai tetapi ia mudah dan cantik. Mari kita lihat antara cara-cara untuk memakai selendang yang mudah yang kita boleh praktikkan dalam kehidupan kita yang serba moden dan pantas ini. 



Anda kenal siapa wanita cantik ini? Sudah semestinya kan.. Inilah Hana Tajima, pereka fesyen yang terkenal serta kawan kepada penyanyi Malaysia, Yuna. Dia menetap di London dan menjadi pereka fesyen di sana. Dia telah menjadi bualan hijabista kerana trendnya yang menjadi ikutan di Malaysia. Lihat saja kepada fesyen selendang yang dipakai di dalam gambar. Trend ini betul-betul mencetuskan fenomena kerana ramai yang mengikut fesyen ini sampai ke hari ini.



Walaupun nampak senang dan ringkas, namun ramai yang meminati trend ini. Hana Tajima berjaya memikat hijabista di Malaysia dengan trend yang diciptanya yang kelihatan bersahaja.



Rumitkah gaya seperti ini? Sebenarnya ia nampak saja seperti rumit,namun ia tidak serumit yang disangka. Ia seperti gaya pertama namuan ada sedikit perubahan pada depan dimana ia telah dipanjangkan. Jika kita kreatif, bnyak gaya selendang yang kita boleh aplikasikan.


 

Ini pula gaya yang sangat-sangat 'simple' dan ramai yang menggemarinya. Letak sahaja selendang di atas kepala dan pusingkan agar tidak terlampau mendedahkan leher. Tetapi pastikan anda memakai anak tudung di dalam tau. Gaya ini sesuai untuk mereka yang ingin bergaya tetapi tidak mempunyai banyak masa.



Selendang yang digunakan selalunya daripada kapas kerana ia sangat selesa dan sesuai untuk iklim di negara kita. Stail yang Hana bawakan kali ini sangat ringkas tetapi sangat menarik dan sesuai untuk digayakan oleh sesiapa saja.





Saya pasti ramai diantara anda yang sudah pun memakai tudung dengan gaya ini. Letak sahaja selendang di atas kepala dan ambik bahagian kiri atau kanan,mengikut keselesaan, kemudian selempangkan. Sebelah lagi dibiarkan di depan. Mudah bukan?







Walaupun ia seperti sama dengan gaya-gaya yang lain namun ia telah diubah sedikit. Selalunya Hana akan memakai selendang panjang atau pashmina untuk memudahkan dia bergaya. Jadi dia boleh melilit selendang itu mengikut keselesaan dan mengikut daya kreativiti dia yang tersendiri.



Ini pula antara gaya yang paling ringkas dan juga menarik yang boleh kita contohi daripada Hana. Dia telah menjadikan selendang sebagai sesuatu yang sangat ringkas walaupun kebanyakkan orang mengatakan selendang ini sangat rumit Lihat saja selendang yang Hana pakai yang telah dibiarkan lepas seperti itu. Sangat cantik walaupun sederhana.


Hana Tajima telah memberi impak yang paling besar dalam industri fesyen di Malaysia. Dia telah menjadikan  selendang yang rumit sebagai sangat senang dan mudah. Dan dia juga telah menjadi ikon fesyen di Malaysia.




Thursday, 28 March 2013

gaya tudung bawal

Ramai yang sudah sedia maklum sekarang ini bahawa trend tudung bawal semakin meningkat naik. Kalau dahulunya bawal sudah jarang dipakai namun trend ini sudah semakin 'in' atau menjadi ikutan sebilangan besar golongan yang memakai tudung. Mair kita lihat antara trend bawal yang boleh kita ikuti dan boleh kita jadikan panduan dalam kehidupan seharian kita. 



Ini adalah gaya yang paling menjadi kegemaran penggemar tudung bawal. Walaupun gaya ini sudah lama, namun ia tetap menjadi kegemaran penggemar tudung bawal. Ini kerana gaya ini sangat ringkas dan mudah untuk diaplikasikan terutama ketika kita mengejar masa.




Ini pula gaya yang telah diadaptasikan dari selendang. Oleh kerana hijabista di luar sana sangat kreatif, maka terhasillah gaya yang telah diceduk daripada selendang ini. Penggemar-penggemar tudung bawal juga boleh bergaya seperti penggemar selendang.





Ini pula antara gaya lain yang boleh kita cuba pada tudung bawal. Gaya ini kelihatan ringkas dan mudah untuk dicuba. Ia juga kelihatan selesa dan elok terletak di kepala. Ditambah pula dengan tudung bawal yang diperbuat daripada kapas membuatkan ia menjadi lebih selesa.


 


Kini lebih ramai penggemar tudung bawal yang berani untuk memakai tudung bawal dengan gaya yang sangat berbeza. Tudung bawal kini telah direka dengan pelbagai rekaan yang menarik seperti ton warna yang berbeza. Oleh itu gaya seperti ini sangat mudah untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita.





Gaya ini agak sama dengan gaya di atas kerana kedua-dua tudung bawal ini menggunakan tudung bawal 2
ton. Oleh itu ia amat mudah untuk digayakan.




Seringkah anda melihat gaya ini dipakai?Kalau dulu gaya ini dipakai kepada pengantin. Terutama untuk menunjukkan hiasan yang berada di belakang tudung bawal. Namun kini ia bukan saja dipakai oleh pengantin, namun orang-orang biasa juga mula memakai gaya ini kerana ia salah satu ggaya yang mudah dan ringkas. Terutama kepada mereka yang sentiasa sibuk.





Ini pula tudung jenis tudung bawal yang mempunyai perhiasan pada tepinya. Cara pemakaiannya tidak perlu rumit kerana tudung bawal itu sendiri sudah cantik dan berhias.  Oleh itu kita boleh menggayakan tudung ini dengan sederhana.

Terdapat banyak cara dan trend yang boleh kita buat untuk menjadikan tudung bawal yang ringkas itu menjadi lebih menarik. Tetapi kita tidak boleh berlebih-lebihan kerana kadang-kala sesuatu itu akan menjadi cantik dengan hanya sederhana. 












Friday, 22 March 2013

tribal

Umum mengetahui dan meminati corak tribal. Agak rumit untuk menerangkan bagaimana sebenarnya corak tribal itu namun secara asasnya tribal itu mempunyai corak-corak seperti garisan memanjang,bersegi-segi dan     kadang-kadang corak yang kelihatan seperti bunga. Namun apabila kita melihatnya sekali,kita sudah boleh mengenal yang corak itu adalah corak tribal. 

SELENDANG TRIBAL

Selendang Half Moon Tribal Lycra Korea  Selendang Half Moon Tribal Lycra Korea

Ini adalah selendang tribal. Lihat saja pada corak ini dan kita sudah boleh mengenali yang corak itu ialah tribal. Kadang-kala ia mempunyai corak yang bersegi-segi atau bersimetri.

TUDUNG SYRIA TRIBAL

Tudung Bawal Bercorak Campur  Tudung Bawal Bercorak Campur

Ini pula tudung tribal. Coraknya agak sama seperti selendang namun ia mempunyai hanya satu atau dua corak sahaja. Dan ia lebih ringkas berbanding selendang yang coraknya agak rumit.


TUDUNG AWNING TRIBAL

    

Terdapat juga tudung yang bercorak tribal yang mempunyai awning seperti ini. Jadi kita tidak perlu risau jika kita tidak mempunyai masa untuk memakai tudung atau selendang kerana tudung ini hanya perlu pakai sahaja. Dan sebab itulah ramai yang meminati tudung syria kerana selain cantik, ia juga sangat mudah dan cepat.

Corak tribal kini bukan sahaja hanya ada pada tudung, tapi sudah merebak kepada baju, seluar dan macam-macam lagi. Kita yang perlu untuk lebih kreatif untuk memakainya.


Wednesday, 20 March 2013

tudung bawal

Sekarang ini timbul pula trend tudung bawal yang dijahit dengan pelbagai hiasan antaranya manik, sulaman dan batu-batu permata. Kalau dulu kita akan lihat hanya pengantin yang akan berhias dengan batu permata penuh di atas kepala dan dengan perhiasan disekeliling tudung bawal. Mari kita lihat antara rekaan tudung -tudung yang terbaru ini.

BAWAL CROWN

Tudung Bawal Labuci  Tudung Bawal Labuci

Ini adalah antara trend tudung yang terbaru untuk tudung bawal. Walaupun cukup ringkas namun ia tetap nampak cantik dihiasi dengan manik-manik dan hiasan-hiasan di atas kepalanya. Ia juga dipanggil 'crown' kerana hiasan itu terdapat di atas kepalanya dan menyerupai mahkota. Walaupun hiasan ini hanya terdapat di atas kepala sahaja dan tempat-tempat lain dibiarkan kosong namun ia tetap nampak cantik dan unik.

BAWAL SULAM TEPI

Tudung Bawal 4 Tone Ros Kelantan  Tudung Bawal Sulam Eksklusif

Ini pula tudung bawal yang terdapat perhiasan pada sisi atau bahagian hujung. Tudung ini mempunyai perhiasan yang dipanggil 'bunga ros'. Bunga-bunga yang menyerupai bunga ros akan dijahit kemas pada hujung atau sisi tudung Kemudian bergantung pada si pemakai la yang akan memakainya dengan penuh kreativiti.


 BAWAL MANIK TEPI

Tudung Bawal Combo Octant Sulam  Tudung Bawal Combo Octant Sulam

Ini pula tudung bawal yang dijahit dengan manik-manik dan batu-batu besar di sisi tudung itu sendiri. Walaupun trend ini sudah agak lama namum ia tetap menjadi kegemaran para penggemar tudung bawal di Malaysia. Trend ini tidak pernah luput ditelan arus semasa.

BAWAL CORAK

Tudung Bawal Corak Batik  Tudung Bawal Corak

Tudung bawal ini pula merupakan jenis bawal yang terbaru. Corak yang unik begini sangat jarang untuk didapati pada tudung bawal. Ini menjadikan tudung bawal yang mempunyai corak serti ini sangat digemari. Biarpun trend ini baru muncul namun ia terus menjadi kegemaran ramai. Terutama sekali corak batik yang sangat-sangat jarang ditemui.

Ini antara jenis-jenis tudung yang terdapat pada tudung bawal. Kesemua coraknya adalah cantik dan unik. Walaupun sudah lama namun tudung bawal pasti tdak akan pupus atau ditelan arus kemodenana jika kita berusaha untuk sentiasa menghidupkan pemakaian udung bawal ini. 







Friday, 15 March 2013

selendang

Kita sedia maklum bahawa terdapat pelbagai jenis selendang di pasaran. Namun adakah selendang-selendang ini sesuai dengan kita? Mari kita kenal selendang yang ada di pasaran dan kita boleh pilih yang mana sesuai dengan kita.

SELENDANG SIFON


Selendang Half Moon Chiffon  

selendang ini menjadi kesukaan ramai kerana ianya sangat nipis dan ringan. Kita berasa seperti tidak memakai selendang apabila memakai selendang ini.Disamping itu juga, selendang sifon juga telah dicetak dengan pelbagai corak dan menjadikan selendang ini menjadi kegemaran ramai.

SELENDANG SATIN @ SUTERA 

 Selendang Half Moon Satin  

selendang satin atau sutera ini juga antara yang menjadi kegemaran hijabister di luar sana. Ini kerana selendang ini sangat senang untuk dibentuk dan selendang ini tidak nipis.Kita tidak perlu untuk memakai anak tudung lagi. Tudung ini pula sangat lembut tetapi ia perlu digosok tiap kali anda ingn memakainya.

SELENDANG KAPAS @ COTTON

  

Selendang ini antara yang menjadi kegemaran wanita di Malaysia. Ini kerana tudung ini menyerap peluh dan sangat sesuai dengan cuaca di Malaysia. Tudung ini juga sangat ringan dan juga mudah untuk dibentuk.

SELENDANG HALFMOON

Selendang Half Moon Labuci  Selendang Half Moon Manik

Halfmoon merupakan antara trend fesyen terkini yang semakin digemari. Trend tudungnya amat ringkas namun kebanyakkannya ia dijahit dengan manik-manik yang penuh di atas kepala ataupun di bahagian atasnya. Selendang halfmoon adalah sejenis selendang yang separa bulat dan tidak panjang seperti selendang-selendang lain.

SELENDANG SEGERA

Selendang Instant Aisya  Selendang Instant Aisya

Ramai yang tidak mengetahui tentang selendang segera ini. Selalunya selendang memerlukan masa yang panjang untuk kita kenakan. Tetapi,selendang ini sangat cepat dan mudah untuk dipakai. Kita hanya perlu sarungkan anak tudung yang telah disediakan dan letakkan satu lagi tudung diatasnya. Sangat mudah dan ringkas. Selendang ini sesuai untuk golongan yang tidak mempunyai masa untuk bersiap tetapi tetap ingin nampak cantik.

SELENDANG 2 TONE

   Selendang Butterfly Ropol  

Ini juga antara selendang yang paling terbaru kini. Selendang ini mempunyai 2 tona dalam satu selendang. Jadi kita boleh memilih untuk memakai tona apa yang kita inginkan. Selalunya tona-tona yang digunakan ialah tona yang terang dan menyerlah. Jadi kita bolah sesuaikan dengan baju.

PASHMINA

  

Selendang pashmina sudah lama ada di pasaran. Namun ia tidak pernah ketinggalan zaman dan sentiasa diubah supaya sentiasa 'up to date'. Walaupun agak panas namun ia tidak menjadi halangan untuk kita mengenakan selendang pashmina.

Ini hanyalah antara beberapa jenis selendang yang terdapat di pasaran. Banyak lagi jenis selendang yang ada dan tidak kurang juga akan keluar dan menjadi ikutan para hijabister di luar sana. Jadi anda pilihlah mana satu selendang yang sesuai untuk anda. Tetapi bersederhanalah dalam semua perkara. 


Wednesday, 13 March 2013

tudung dan artis

Tudung merupakan satu kewajipan bagi semua wanita Islam di seluruh dunia. Mempunyai satu almari penuh dengan tudung dan selendang juga merupakan satu kewajipan bagi setiap wanita yang bertudung. Memakai tudung bukanlah satu kewajipan sebenarnya,tetapi menutup aurat itu yang wajib. Mari kita lihat antara artis-artis yang sangat manis dan cantik sekali apabila menutup aurat.Bukan setakat memakai tudung sahaja yea. 

Yatt Hamzah

   

Dahulunya Yatt dikenali sebagai seorang selebriti yang agak seksi. Namun kini Yatt sudah membuat perubahan yang baik dengan memakai hijab dan menutup aurat. Alhamdulillah.. Dan kini Yatt telah menjadi antara artis yang paling disegani dengan penampilan terbarunya itu. Jika kita lihat dia bukan saja memakai tudung tetapi dia juga menutup aurat. Memakai tudung tidak membataskan Yatt untuk berfesyen. Dia sentiasa up to date dengan fesyen-fesyen terkini tetapi masih mengekalkan batasan sebagai seorang muslimah yang sejati.

Diana Amer
  

Ini pula Diana Amer. Siapa yang tidak kenal Diana. Diawal pembabitannya dalam dunia hiburan, dia dikenali sebagai seorang yang sangat seksi. Namu setelat mendapat hidayah akhirnya dia berubah dan menjadi seorang ikon kepada remaja-remaja diluar sana untuk berubah. Dia sering tampil menonjol dengan fesyen-fesyen yang dipakainya walaupun dia seorang yang bertudung litup.

Irma Hasmie

 

Sebelum mengenakan tudung dia seorang yang cantik. namun selepas memakai tudung Irma Hasmie kelihatan sangat cantik dan manis sekali. Sejak dulu, bagi saya, dia seorang yang berperwatakan menarik dan agak lemah lembut. Apalagi kini setelah dia mengenakan tidung litup,semakin terserlah ayunya. Walaupun mengenakan hijab, ianya tidak menghalang Irma untuk mengikuti arus edaran tudung terkini. Walaubagaimanapun dia sentiasa mengekalkan ciri-ciri muslimah yang sejati.

Wardina Safiyyah

  

Ikon ini sudah lama bertapak dalam industri hiburan tanah air. Namanya sudah tidak perlu untuk kita perkenalkan lagi. Dia memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon dan kini dia juga seorang pengacara. Walupun sudah lama bertapak dalam industri,namun dia tetap seorang yang sangat mementingkan gaya dan sentiasa mengikuti perkembangan fesyen terutamanya fesyen tudung-tudung terkini.

Abby Abadi

  

Dia terkenal menerusi sebuah cerita dunia polis di satu stesyen tv. Selepas beberapa lama,akhirnya dia pun mendapat hidayah untuk memakai tudung litup dan berubah. Abby juga telah dilantik untuk menjadi duta kepada satu jenama tudung yang terkenal di Malaysia. Kita boleh saja untuk berfesyen tidak kira apa keadaan kita yang penting kita mesti menutup aurat. Abby juga kelihatan lebih cantik dan sopan berbanding pada saat dia belum lagi bertudung.

Shila Hamzah

  

Penyanyi yang semakin meningkat naik setelah memenangi sebuah pertandingan di luar negara ini baru saja mula bertudung. Wajahnya yang manis dan cantik membuatkan dia sesuai mengenakan apa jua jenis tudung. Namun dia dilihat sangat menggemari fesyen selendang. Walaupun mempunyai pelbagai masalah peribadi yang melanda,namun anak kepada penyanyi ND Lala ini tetap tabah meneruskan kehidupannya.

Dato' Siti Nurhaliza

  

Tidak perlu diperkenalkan lagi kerana satu  Malaysia mengenali Dato' Siti Nurhaliza. Beliau baru saja mengenakan tudung litup awal tahun ini. Sebelum ini beliau hanya memakai tudung yang menutup separuh sahaja dari rambutnya. Semasa mula-mula memakai tudung litup penuh,beliau mengenakan gaya dari pereka feyen terkenal iaitu Hana Tajima. Sangat sesuai dengan mukanya yang bulat itu.

Inilah antara selebriti-selebriti yang telah mengenakan tudung setelah beberapa lama dalam industri seni. Moga-moga ramai lagi artis yang akan mengikuti jejak artis in untuk memakai tudung.